? ??????????????Moon and Stars? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (77 Ratings)??4 Grabs Today. 15260 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Alaska? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (61 Ratings)??4 Grabs Today. 7123 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ????1?? ???????Dolphin Sunset? ????? ?????? ???Rating: 4. CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, April 4, 2009

KeTiKa DaN KaLiMaT

Semanis Bicara…

Dalam ruangan ini, aku ingin berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang berada di UPM. Aku mula menjejakkan kaki di UPM pada tahun 2006. Mula-mula aku mendapat tawaran tu tak dapat nak di bayangkan perasaan ketika itu semuanye bercampur baur. Akhirnya impian aku untuk terus menjejakkan kaki ke menara gading tercapai jugak hu…hu…Keluargaku begitu gembira bila aku dapat tawaran tersebut.

Pada hari pertama aku tiba di UPM, perasaan aku ketika itu takut dan gementar kerana berada dalam suasana baru yang begitu asing dan belum pernah aku alami sebelum ini. Selain itu, aku juga rasa sedih kerana akan berpisah dengan keluarga. Di UPM, aku menginap di Kolej Pendeta Za’ba. Pada hari first tiba, aku dapat teman baru yang begitu baik sekali dengan aku sampailah ke hari ini. Teman baikku di UPM ialah Liza, Yati, Na, Iza, Pia dan ramai lagi lah. Merekalah yang banyak bantu aku jika aku meminta pertolongan daripada mereka.

Sepanjang berada di UPM, banyak pengalaman manis dan jugak pahit yang aku alami. Pensyarah-pensyarah yang mengajar semuanya baik dan mengambil berat pasal pelajar-pelajarnya. Namun, ada juga pensyarah yang garang tetapi garang mereka kerana ada segelintir pelajar yang tidak menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan dan tak hadir ke kuliah. Namun begitu, itu semua sudah menjadi lumrah dalam hidup kita sebagai seorang pelajar. Para pensyarah di FBMK, UPM sentiasa mengambil berat akan kebajikan pelajar-pelajarnya yang menghadapi masalah terutamanya dalam pelajaran.

Pengalaman Manis aku yang tak dapat dilupakan sepanjang berada di UPM adalah mendapat kawan baru yang begitu baik, dapat terus menginap di kolej dari semester pertama hingga lah enam., mendapat anugerah MACAZ, namun sayangnye aku tak sempat nak pegi ambik anugerah tu sebab aku ade kelas amali malam. Sedihnye…tapi nak buat camne dah tak ade rezeki. Tapi ok la sekurang-kurannye dapat lah jugak sem ni anugerah MACAZ. Pengalaman pahit aku pula antaranya, dimarahi kerana lambat menghantar tugasan dan kecewa ketika mendapat result yang teruk semasa di semester pertama. Ini merupakan antara pengalaman yang ditempuhi oleh aku sepanjang di UPM.

Selain daripada pengalaman manis dan pahit yang diceritakan, aku jugak ingin menceritakan sepintas lalu tentang penglibatan aku di kolej semasa berada di kampus. Di kolej aku pernah menjadi AJK untuk Prodeka Za’ba, AJK Lambaian Kasih 2007 & 2008, AJK untuk Za’ba Open Day (ZOD), dan pernah menjadi peserta untuk setiap aktiviti yang diadakan di kolej. Aku juga pernah menjadi pertugas cyberlab bagi Sekretariat ICT & Multimedia. Ini merupakan antara penglibatan aku di Kolej Pendeta Za’ba. Di kolej setiap penghuni di blok masing-masing ada yang baik, ramah dan ada juga yang buat tak tahu antara floor masing-masing. Namun, aku buat biase je seolah-olah tiada ape-ape. Pengalaman ini juga sebahagian daripada catatan pengalaman aku di kampus.

Aku jugak nak citer sikit pasal pangalaman aku mase finishing school pada sem lepas. Finishing school ni diadakan selam 2 hari. Mase finishing school banyak pengalaman yang aku alami. Misalnye, kena perkenalkan diri dan cakap kat kat depan dalam BI pulak tu. Lepas tu kena buat talk show dalam group 4 orang, discussion dan presentation. Yang ni adalah pada hari pertama. Hari ke 2 pulak adalak buat resume dan interview. Dalam interview ni kiteorang perlu berlakon bagaimana cara-cara nak interview seseorang. Sepanjang finishing school ni aku rase enjoy dengan apa yang diajar oleh fasilitator walaupun rase takut pun ada tapi bagi aku ia suatu pengalaman yang sangat best…

Seterusnya, aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman aku mengambil subjek BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia pada semester 6 ini yang merupakan semester last aku di UPM. Pensyarah yang mengajar subjek ini ialah Dr. Normaliza. Perasaanku mengambil subjek ini rasa suka pun ada takut pun ada dan macam-macam lagi lah perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Sama jugak dengan perasaan yang dialami oleh kawan-kawanku. Setiap kali adanya kelas Bahasa Dalam Multimedia kiteorang akan berasa gementar dan takut kerana Dr. Normaliza inginkan kami semua selalu datang awal ke kelas. Kiteorang perlu tepati masa, pukul 12 tengahari tepat kami perlu ada di dalam kelas sebelum Dr. Normaliza sampai. Sekiranya lambat datang akan didenda iaitu markah di mana seorang pelajar dalam kumpulan tertentu yang datang lambat akan dipotong markah. Keadaan ini menyebabkan kiteorang perlu sentiasa datang awal kelas ini. Termasuk jugak dengan kelas amali perlu datang awal juga. Di samping itu, setiap tugasan yang diberikan dalam kelas perlu disiapkan hari tu juga, sekiranya lambat hantar akan dipotong markah atau tugasan tersebut tak diterima. Keadaan ini sentiasa menyebabkan kiteorang adakalanye rasa tertekan tetapi tetap menyiapkan tugasan yang diberi. Namun, setiap tugasan yang diberi akan segera kami siapkan dengan secepat mungkin bagi mengelak dari dipotong markah. Akan tetapi setiap tugasan yang diberikan oleh Dr. Normaliza sebenarnya, dia inginkan pelajar-pelajarnya sentiasa menepati masa dan tidak terhengeh-hengeh dalam melakukan setiap tugasan yang diberi. Dr. Normaliza mahukan pelajar-pelajarnya ada keperibadian yang tinggi dalam diri masing-masing. Oleh itu, apa tugasan yang diberikan oleh Dr akan kiteorang lakukan dengan sebaik mungkin.

Dalam kelas Bahasa Dalam Multimedia, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada enam orang. Nama kumpulan aku ialah Persona Maya yang terdiri daripada aku sendiri, Yati, Liza, Iza, Pia dan Na. Setiap tugasan yang kiteorang dapat kami terlebih dahulu akan berbincang untuk mencari idea bagi memastikan tugasan yang kumpulan kiteorang buat dapat diterima dan memuaskan. Sepanjang mengikuti kelas multimedia ini banyak tugasan yang perlu kami buat. Tugasan yang adalah secara berkumpulan.

Tugasan pertama yang Dr. Normaliza minta kiteorang buat ialah membuat asas grafik dengan menggunakan multin board yang bersaiz A4, gam, gunting dan reben serta majalah terpakai. Kami dikehendaki membuat asas grafik dengan menggunakan majalah-majalah terpakai. Kami diminta membuat asas grafik sebanyak 6 keping menggunakan multin board dengan mengambil gambar yang sesuai daripada majalah terpakai. Kiteorang dalam kumpulan berbincang bagaimana untuk hasilkan asas grafik yang memuaskan.

Tugasan kedua ialah kiteorang kena membuat esei. Dr. Normaliza minta kami bawa laptop untuk menaip. Esei yang perlu dibuat sebanyak lapan muka surat. Kumpulan aku dapat tajuk esei mengenai “Mengajar Anak-anak Menikmati Alam Semulajadi”. Kiteorang perlu rangkakan isi terlebih dahulu sebelum buat ayat yang sesuai. Kiteorang tak dibenarkan copy bahan dari internet tetapi harus cari idea masing-masing. Terpaksalah kiteorang memikirkannya untuk disesuaikan dengan tajuk yang dapat. Namun, esei yang dibuat dapat jugak disiapkan.

Dalam tugasan ketiga pula kiteorang diminta buat fotoshot dengan ambil gambar di sekitar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Setiap gambar yang diambil mesti berkait dengan simpulan bahasa, pepatah, peribahasa dan yang berkaitan dengan perumpamaan bahasa. Pelbagai gaya yang kiteorang ambil untuk disesuaikan dengan perumpamaan bahasa. Kawan-kawanku sempat berposing dengan pelbagai gaya yang lucu yang menggelikan hati. Selepas itu, kiteorang kena present di hadapan pensyarah dan pelajar-pelajar lain untuk menunjukkan gambar yang telah kiteorang rakamkan. Begitu juga dengan kumpulan lain pelbagai gambar yang dapat dilihat semasa pembentangan tersebut.

Seterusnya, tugasan yang keempat pula kiteorang kena buat e-majalah. Kumpulan aku membuat e-majalah berkaitan dengan permainan tradisional seperti gasing, sepak raga, congkak, batu seremban, seret upih, kabadi, galah panjang, gunjai, sumpit dan guli. Kami perlu melukis permainan tersebut menggunakan kertas lukisan dan setiap sorang perlu melukis permainan tradisional. Kemudian, kiteorang akan mewarna mengikut kekreatifan masing-masing dan menulis sedikit teks berdasarkan gambar yang dilukis. Tugasan ini sedikit susah kerana dalam kumpulan aku tiada seorang pun yang begitu mahir melukis termasuk aku tetapi kiteorang tetap cuba melukis asalkan siap walaupun tak berapa cantik.

Manakala tugasan yang kelima, Dr. Normaliza menyuruh kami membuat billboard dengan menggunakan kertas A4. Kiteorang perlu lukis produk syarikat yang ingin diiklankan seperti yang terdapat kat billboard dengan. Kumpulan aku menghasilkan produk syampu dengan menamakan syampu tersebut PERMA sempena kumpulan kami Persona Maya. Setiap keluaran produk yang diiklankan perlu berbeza setiap tahun hasil gambarannya. Walaupun dalam kumpulan kiteorang tak berapa pandai melukis, kami cuba membuat sebaik mungkin untuk menampakkan hasil yang kiteorang buat.

Tugasan yang keenam , kami semua di kehendaki pergi ke rumah anak yatim dan buat satu program kat sana. Kumpulan aku memilih Rumah TiTian Kasih yang terletak di Tasik Titiwangsa. Kiteorang buat program di rumah anak yantim tersebut pada 22 Februari 2009. Kumpulan aku bergabung dengan kumpulan Nichs tetapi setiap aktiviti adalah lain-lain. Pada 22 Februari tu kami bertolak dari jam 7.00 pagi. Di Rumah Titian Kasih kami membuat pelbagai aktviti. Antaranya, pada sebelah pagi kiteorang buat gotong royong membersihkan halaman sekitar Rumah Titian Kasih. Selepas itu, pukul 10.30 berhenti untuk makan pagi bersama anak yatim. Seterusnya, sambung untuk solat zohor berjemaah. Dan kemudian teruskan aktiviti ke 2 dengan belajar menari. Aktiviti ini bagi mereka sangat seronok. Kiteorang mengajar anak-anak yatim tarian poco-poco. Ada jugak di kalangan mereka yang tidak tahu menari dan kiteorang turut tergelak melihat pelbagai gaya yang ditunjukkan mereka semasa menari poco-poco. Namun, itu semua hanya untuk suka-suka sahaja bagi mengeratkan silaturrahim antara anak yatim dengan kiteorang semua…Seterusnya, kiteorang berhenti sekejap untuk makan tengahari. Manakala aktiviti ke 3 yang merupakan aktiviti last kiteorang iaitu aktiviti membuat kolaj. Aktiviti ini menggunakan kertas A4, gam, gunting dan suratkhabar lama. Aktiviti yang kiteorang buat ni untuk melihat apa matlamat hidup mereka di masa akan datang. Semasa aktiviti ini dapat dilihat bagaimana anak-anak yatim mencari idea bagi menyiapkan kolaj yang dibuat. Selepas selesai aktiviti membuat kolaj kami ambil dengan hasil yang mereka buat. Kemudiannya, setelah selesai dengan semua aktiviti, ada pulak sesi penyerahan cenderahati kepada anak-anak yatim dan jugak kepada pengasas Rumah Titian Kasih. Akhir sekali adakan sesi bergambar bersama-sama dengan seluruh warga Rumah Titian Kasih. Tugasan yang kiteorang buat ni perlu present di dalam kelas untuk dilihat oleh Dr. Normaliza dengan apa yang telah kami buat semasa di rumah anak yatim.

Seterusnya, dalam kelas amali pulak yang diajar oleh Cik Azimah, kiteorang tetap diberi tugasan iaitu tugasan dalam bentuk individu. Tugasan yang pertama perlu dibuat ialah dikehendaki buat presentation. Tajuk pulak mesti berkaitan dengan isu-isu semasa atau global. Aku memilih tajuk yang berkaitan dengan ‘Kebanjiran Pekerja Asing’. Kiteorang perlu buat presentation sebanyak 20 slide. Dalam slide mesti ada lagu yang sesuai dengan tajuk dan present selama 3 minit setiap sorang. Berdasarkan tajuk yang dipilih aku mesti cari gambar yang sesuai dengan tajuk. Memang susah jugak la nak cari gambar sesuai tapi aku cuba jugak sampai jumpe. Namun, nasib malang bagi aku bila present tu lagu tidak keluar. Rupa-rupanye aku lupa nak save lagu dalam pendrive. Memang malu jugak la kerana tibe-tibe lagu tak keluar pulak tapi aku buat biasa je. Nasib baik la Cik Azimah tak komen ape-ape. Namun, aku tetap teruskan present jugak.

Tugasan kedua pulak kiteorang kena buat kalendar meja. Tugasan kedua ni memang susah dan memeningkan kepala. Buat kalendar meja ni kena guna adobe photoshop. Buat kalendar meja bukannye senang kerana perlu kreatif untuk membuatnya. Kiteorang perlu buat kalendar 2009 dari bulan Januari hingga Disember. Setiap bulan dalam kalendar perlu ada banyak layer dan kena masukkan gambar. Gambar pulak perlu di crop untuk disesuaikan dengan background yang diletakkan. Kami mesti siapkan kalendar selama 4 minggu. Selepas itu, kena hantar kat kedai untuk print dan buat kalendar meja dan dihantar untuk diambil makrkah. Sepanjang buat kalendar ni banyak jugak masalah kerana ada dalam bulan tertentu gambar tak boleh nak crop dan macam-macam lagi yang berlaku. Tapi akhirnya dapat la disiapkan jugak kalendar. Terasa lega sikit bila kalendar dah siap dan dihantar.

Tugasan ketiga kiteorang kena buat pulak website mengenai diri. Buat website lagi la susah dan memenatkan untuk disiapkan. Banyak step untuk buat website. Buat website kena menggunakan Microsoft Front Page. Setiap page perlu diletakkan tentang diri kite seperti pengenalan, biodata, latar belakang pendidikan, galeri gambar dan lain-lain. Selain itu, perlu dimasukkan juga lagu dalam website tersebut. Ketika buat website ada jugak la masalah nak siapkannye. Banyak kali buat baru la siap sepenuhnya. Rase lega bila website dah siap. Tak payah lagi nak pening-pening kepala nak fikirkannye. Memang banyak la halangan semasa buat website ni namun semuanye dapat diatasi oleh aku sebaik mungkin untuk menyiapkannya.

Tugasan yang terakhir sekali, kena buat blog la pulak. Namun buat blog ni senang la kalau nak bandingkan dengan buat website. Buat blog Cuma perlu daftar je. Buat blog ni kiteorang perlu citer pasal tokoh bahasa dan kena interview tokoh tersebut. Aku pilih tokoh Dr. Hajah Samsina kerana banyak jugak la karya-karya puisi yang dihasilkannya. Antaranya, Kumpulan Puisi Melepasi Aksara Usia itu, Anggur Kehidupan dan Puncak Jihad. Banyak jugak la yang diceritakan oleh Dr.Hajah Samsina atau dikenali dengan gelaran Anismas Ar semasa aku interview beliau. Semua yang diceritakan ada yang berkaitan dengan kehidupannya sebagai pensyarah dan jugak penulis puisi. Kiteorang perlu citer pasal tokoh dari segi latar belakangnya sampai lah pencapaiannya sebagai seorang tokoh bahasa. Dalam blog kena buat sebanyak 10 post termasuk profile diri penulis blog dan masukkan jugak gambar yang berkaitan dengan tokoh yang diinterview dan gambar diri masing-masing. Buat blog ni tak la berape susah Cuma perlu pandai membuatnya agar dapat menarik perhatian orang yang membacanye. Nama blog aku ialah Laman Bicara. Banyak la yang aku masukkan dalam blog berkaitan dengan tokoh yang aku interview untuk tetapan pengunjung blog.

Dalam pada itu juga, selain daripada Dr. Normaliza yang mengajar subjek BBM 3410, Dr. Arbai’e juga mengajar subjek ini. Sepanjang kelas yang dikendalikan oleh Dr. Arbai’e selama dua kali banyaklah info dan serba sedikit pengalaman yang kami perolehi dari Dr.. Arbai’e. Setiap apa yang dikatakan oleh pensyarah yang mengajar subjek ini, akan aku sematkan dalam hati dan minda untuk dijadikan teladan atau panduan di masa hadapan. Walaupun kadang-kadang rase tension jugak tapi itu semua pengalaman yang harus ditempuh sebagai seorang pelajar. Begitulah serba sedikit pengalaman aku sepanjang mengikuti kelas BBM 3410 dengan bermacam-macam pengalaman yang aku tempuh. Begitu juga dengan subjek-subjek lain yang pernah aku ambil sepanjang berada di UPM, semuanye memberi aku suatu pengalaman yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila...

Akhir kata, segala yang diceritakan ini merupakan pengalaman aku bergelar mahasiswi di UPM. Namun, pengalaman yang aku alami sepanjang berada di kampus akan ku jadikan satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan dan dijadikan suatu pengalaman yang bermakna dalam hidup aku. Diharap, pengunjung-pengunjung blog akan melayari ruangan yang disediakan dalam blog ini untuk tatapan anda semua dan mengambil serba sedikit pengetahuan tentang tokoh yang diceritakan dalam blog ini. Diharap anda semua mendapat serba sedikit info dengan apa yang disediakan dalam blog ini.


Tuesday, March 31, 2009

KeNaLI DiRiKu


Nama sebenar ialah Rubiatul Adawiah bt Che Mat dilahirkan pada 30 September 1985 di Kg. Tanjung Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Tempat tinggal ialah di Kg. Tanjung Pengkalan Kubor, 16080 Tumpat, Kelantan Darul Naim. Merupakan anak kelima daripada 6 orang adik-beradik. Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 (1992-1997), Sekolah Menengah Kebangsaan Geting (1998-2002) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat (2003-2004) sebelum melanjutkan pengajian ke Univseriti Putra Malaysia Serdang, Selangor (2006-2009). Di UPM, mengambil Bacelor Sastera Bahasa & Linguistik Melayu dan akan tamat belajar pada April 2009. Matlamat hidup adalah ingin terus berjaya dalam hidup dan mencapai impian yang diingini.
...Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan...

AnTaRa KaRyA PuiSi ANISMAS AR

Melepasi Aksara Usia Itu (MAUI)
(19 Januari 2009)

Melepasi aksara usia itu
Kupilih bicara diam
Melayari lautan syukur
Sujud bertafakur

Kubajai benih-benih insaf
Menyubur pohon hayat

Melepasi akasara usia itu
Kupilih bicara bisu
Mengukir mangkuk madu ilmu
Bermujahadah-berfikrah
Menggilap cermin diri
Mengenal maknawi

Melepasi aksara usia itu
Kusiram daun-daun sabar
Kubelai bunga-bunga murni
Agar besar rending
Menjadi naungan
Payung kemuliaan
Mengakrab Ilahi
Mensuci insani

Melepasi aksara usia itu
Kupohon insankasihMu
Suburmakmurkan pohon hayat
Sinarpancarkan cermin diri
Kembangmekarkan bunga-bunga murni
Hijaurimbunkan daun-daun sabar
Teguhkukuhkan mangkuk madu ilmu
Memurni duniawi
Mensuci ukhrawi
Mengharmoni kosmos-Mu
Menuju fitrah hakiki.

GaMbAr KuMpuLaN PuiSi ANISMAS AR

Monday, March 30, 2009

GaMbAr AnuGeRaH YanG DiTeRiMa
















Wednesday, March 25, 2009

AkTiViTi YanG DiSerTai


Sebagai pengkaji, peminat, pencinta dan penghasil karya kesusasteraan khususnya puisi dan esei kritikan sastera, beliau sering menghadiri aktiviti-aktiviti sastera tanah air dan luar negara dan membentang kertas kerja seperti pada pertemuan Hari Sastera, Majlis Diskusi-diskusi sastera, Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu, Seminar Teori dan Kesusasteraan Bandingan, Seminar Pemikiran Hamka dan Syeikh Daud al- Patani, Nadwah Kesusasteraan Islam, Seminar Teater Rakyat, Seminar Serantau Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu dan Pertemuan Dunia Melayu. Selain itu, beliau juga menjadi AJK untuk sebarang aktiviti yang diadakan di UPM. Antaranya, AJK untuk Malam Pelita Mutiara Bahasa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pada tahun 2003 dan AJK pelaksana sebagai wakil dari FBMK untuk Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan dan Sayembara Penulisan Esei Interkolej sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat UPM.

PeNcApAiaN DaN AnuGeRaH



Anismas Ar pernah memenangi hadiah utama Sayembara Penulisan Kreatif dan Kritikan Sastera peringkat Inter-varsiti anjuran UKM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 di samping memenangi beberapa hadiah penghargaan dan tempat ketiga dalam sayembara penulisan puisi dan esei kritikan di peringkat UKM. Pada tahun 2001, 2003, 2005 dan 2007 beliau telah memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6 untuk kategori Esei dan Kritikan Sastera, Puisi Eceran dan Kumpulan Puisi Perseorangan. Seterusnya pada tahun 2002, beliau dianugerahi dengan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001 dalam kategori Esei dan Kritikan Sastera. Sepanjang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia sebagai seorang pensyarah beliau memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan 2007 dan berjaya memperolehi Anugerah Pengajaran Putra tahun 2007. Idola beliau yang banyak membantu sehingga berjaya pada hari ini adalah arwah ayahnya iaitu Abd Rahman Hj. Bakri yang merupakan seorang ustaz. Arwah ayah beliaulah yang menjadi pendorong kepada kejayaannya pada hari ini. Beliau mula mengajar di UPM pada 15 Oktober 1990. Penglibatan beliau dalam penulisan puisi adalah bertujuan untuk menyampaikan wadah dakwah dan meluahkan apa yang terpendam melalui penulisan puisi.



KumPuLaN PuiSi ANISMAS AR


Sepanjang penglibatannya dalam penulisan puisi, puisi-puisinya pernah tersiar dalam Majalah Kamsis Aminudin Baki, UKM, Majalah Aspirasi (majalah tahunan PMUKM), majalah al-Islam, majalah Suria dan majalah Dewan Sastera. Kumpulan puisi yang pernah dihasilkan oleh beliau berjudul Pelayaran (1984), Anggur Kehidupan (2002), Melepasi Aksara Usia itu (2006) dan Puncak Jihad (2008). Beliau mendapat ilham untuk menulis puisi semasa beliau pergi bercuti bersama keluarga serta di mana sahaja beliau berada tidak kira masa.

PenGLiBaTaN


Sewaktu menuntut di UKM, beliau aktif dalam persatuan dan penulisan puisi. Misalnya, menjadi ahli grupemuisi sejak tahun 1982 hingga 1990 dan menjadi setiausaha penerbitan dan publisiti, Persatuan Antropologi dan Sosiologi, UKM malah pernah menjadi editor buletin IBKKM, UKM sewaktu diterajui oleh Prof. Ismail Hussein. Anismas Ar mula melibatkan diri dalam penulisan puisi Melayu sejak di tingkatan tiga lagi dan puisinya disiarkan dalam majalah sekolah.

BiDanG KePaKaRaN ANISMAS AR


Bidang kepakaran beliau adalah Kesusasteraan Melayu khususnya Puisi Melayu, Falsafah dan Pemikiran dalam Kesusasteraan Melayu dan Kesusasteraan Melayu Islam (tasawuf). Dalam tesis Ph.Dnya, beliau telah menggunakan teori Takmilah (sastera Islam) yang dikemukakan oleh Dr. Shafie Abu Bakar (UKM) dalam menganalisis unsur-unsur tasawuf dalam puisi-puisi Melayu moden di Malaysia dan Indonesia sepanjang dekad 1970 hingga 1990.

ANISMAS AR-PENGLIBATAN DALAM DUNIA PENULISAN PUISI MELAYU

Latar Belakang

Anismas Ar atau nama sebenarnya Dr. Hajah Samsina Hj. Abd Rahman dilahirkan pada 19 Januari 1962 di Desa Serom 5, Sg. Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Beliau bersekolah di sekolah Rendah (Inggeris) Abdullah, Sg, Mati, Muar, Johor iaitu di Sek. Men. Pei Hwa, Sg, Mati, Muar, Johor, di Sek. Men. Convent, Muar, Johor dan Maktab Adabi Maharani, Muar sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada tahun 1982. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Kelas Dua Atas) pada tahun 1986, Ijazah Sarjana Persuratan pada tahun 1990. dan Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1998 dari UKM.